Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah SWT.
pengertian Qadha:
Ketentuan yang berlaku bagi tiap-tiap makhluk, sesuai dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali, ketentuan tersebut berupa ketentuan baik atau buruk.
pengertian Qadar:
Ialah pelaksanaan Allah SWT terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali.