Al-Mathurat ni ada dua jenis: Al-Kubra dan Al-Sughra.
Al-Kubra mengandungi bacaan yang lebih panjang manakala Al-Sughra bacaannya telah diringkaskan.
Waktu Bacaan
*Mathurat pagi - Dibaca pada waktu pagi (selepas waktu Subuh)
*Mathurat petang - Dibaca pada waktu petang (selepas waktu Asar)
Rasulullah S.A.W. sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap zikir dan doa Rasulullah S.A.W. adalah pada waktu pagi dan petang.
Buku Mathurat ini adalah himpunan zikir dan doa yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau menyusun daripada banyak hadis Rasulullah S.A.W. di dalam kitab-kitab sunah yang diamalkan oleh Rasulullah dan kelebihan-kelebihan beramal dengannya.
Antara kelebihan Ma'thurat adalah:
Imam Hasan al-Banna adalah pendakwah, reformis dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulah Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Hasan al-Banna menghembuskan nafas terakhirnya pada 12 Februari 1949.
Al-Mathurat merupakan satu himpunan zikir Dan wirid yang diambil daripada Rasullullah SAW. Nas - nas Al-Quran dan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya zikir dan wirid tersebut diajarkan oleh Baginda kepada sahabat0sahabatnya, kemudian kepada tabi'in, tabi'at-tabi'in dan as-salaf as-salih.
Zikir dan wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa hayat Baginda dinamakan (al-Azkar Wa al-Aurad al- Mathurat), iaitu zikir-zikir dan wirid Rasulullah yang merupakan syariat dan sunnah Rasulullah SAW yang semestinya di ikuti.