Imam
Al-Syafie sangat pandai berdebat. Kehebatannnya berdebat dan
mengalahkan pihak lawan telah masyhur diketahui ramai. Sebagaimana yang
diceritakan oleh Yunus bin Abdul A'la bahawa sekiranya Imam Al-Syafie
sudah terlibat dalam perdebatan, maka dia akan terus mendebat lawannya
sampai dapat membungkamnya.
______________________***_____________________
Pernah Imam Al-Syafie bercerita, "Saya
terlibat dalam perdebatan yang sengit bersama Muhammad bin Al-Hasan.
Lalu, sedikit demi sedikit saya mulai meruntuhkan argumen-argumennya."
Imam Muhammad bin Al-Hasan:
Seseorang tidak boleh berdoa di dalam solatnya kecuali doa yang
redaksinya berasal dari Al-Qur'an atau redaksinya sama dengan redaksi
Al-Qur'an.
Imam Al-Syafie: Bolehkah
seseorang berdoa seperti ini, "Ya Allah, kurniakanlah aku makanan
mentimun, bawang merah dan bawang putih" atau "Kurniakanlah aku rezeki
berupa makanan-makanan tersebut", atau Keluarkanlah ia dari bumiku?"
Imam Al-Hasan: Tidak.
Imam Al-Syafie: Bukankah doa
seperti itu memang terdapat di dalam Al-Qur'an? Jika orang yang bersolat
hanya boleh berdoa dengan doa yang terdapat di dalam Al-Qur'an maka
redaksi doa tadi ada di dalam Al-Qur'an. Tetapi sekiranya kamu melarang
doa yang bukan dari Al-Qur'an, kenapa kamu melarang doa tertentu dan
membolehkan doa tertentu?
Imam Al-Hasan: Bagaimana pula pendapatmu?
Imam Al-Syafie: Setiap redaksi
doa yang diperbolehkan untuk dibaca selain dalam solat maka doa tersebut
boleh dibaca ketika solat, bahkan disunatkan kerana solat merupakan
media yang dapat mempercepat dikabulkannya doa seseorang. Di samping
itu, solat juga bererti bacaan dan doa. Dalam solat, seseorang tidak
boleh berkata-kata seperti perkataan yang biasa diucapkan selain pada
waktu solat.
______________________***_____________________
Imam Al-Syafie juga pernah berdebat dengan Imam Ahmad bin Hanbal tentang masalah orang yang meninggalkan solat.
Imam Al-Syafie: Hai Ahmad, apakah kamu menganggap orang yang meninggalkan solat itu kafir?
Imam Ahmad: Ya.
Imam Al-Syafie: Jika jadi kafir maka bila pula ia menjadi Muslim?
Imam Ahmad: Apabila orang itu mengucap dua kalimah syahadah.
Imam Al-Syafie: Bukankah orang itu masih meyakini kalimah syahadah dan tidak mengingkarinya?
Imam Ahmad: Ia boleh dianggap Muslim jika solat.
Imam Syafie: Solatnya orang kafir tidak sah dan seseorang tidak boleh disebut Muslim hanya dengan solat sahaja.
Maka, Imam Ahmad pun terdiam dan perdebatan berakhir.
______________________***_____________________
Tujuan Imam Al-Syafie berdebat
bukanlah untuk menyalahkan lawannya tetapi tujuan sebenar beliau adalah
untuk mencapai kebenaran melalui perdebatan, tanpa mengira sama ada
kebenaran itu akan memihak kepadanya atau kepada lawannya.
_______________________________
Bibliografi:
(1) Al-Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid karya Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam.
(2) Al-Syafie karya Prof. Muhammad Abu Zahrah.