pembagian hadits dan penerima maupun penolaknya




hadits yang maqbūl yang diterima untuk berhujah terbahagi kepada sahih dan hasan (li zātih dan li ghairih) manakala hadits yang mardūd yang tidak diterima untuk berhujah adalah hadits dhaif yang terbahagi kepada banyak bahagian.


hadits SAHIH

hadits sahih ialah hadits yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (tepat dalam meriwayatkan hadits sama ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan.

Syarat hadits sahih

a. Sanadnya bersambung dari awal sehingga akhir, dan wujudnya ikatan ilmu iaitu adanya pertemuan di antara al Lāhiq dengan al Sābiq dan tidak wujud penghalang di antara keduanya daripada bertemu sama ada dari segi masa atau tempat.

b. Perawinya bersifat adil iaitu orang yang dapat menguasai dirinya untuk membiasakan diri dengan taqwa dan menjauhi perkara-perkara fasiq dan bid’ah. Dia menepati ciri – ciri berikut ;

- Muslim.

- Baligh.

- Berakal.

- Tidak fasiq iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam melakukan dosa kecil.

- Menjaga maruah seperti tidak bergaul dengan orang-orang yang rendah maruahnya, tidak keterlaluan dalam bergurau senda dan tidak membuang air kecil di tepi jalan.

c. Perawinya bersifat dhabit iaitu orang yang tepat hafazannya, selamat dari kesalahan atau ragu-ragu dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya apabila diminta pada bila – bila masa. Dhabit terbahagi kepada dua iaitu Dhābit Sodri dan Dhābit.

Dhābit Sodri – Perawi yang menghafaz apa yang didengarnya dan mampu untuk memberitahu apa yang didengar dan dihafalnya sebagaimana dia mendengarnya pada bila-bila masa.

Dhābit Kitabi – Perawi yang benar-benar menjaga catatannya daripada hilang, dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan catatannya.

d. Terselamat daripada syaz iaitu tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah. hadits syaz ialah hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadits lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah atau lebih ramai, dan tidak dikumpulkan.

e. Terselamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadits itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadits yang terkandung dalam sanadnya seorang yang fasiq.



Pembahagian hadits sahih

hadits sahih terbahagi kepada sahih li zātih dan sahih li ghairih.

- Sahih li zātih

hadits yang menepati kesemua syarat hadits sahih di atas.

- Sahih li ghairih

hadits hasan li zātih yang diperkuatkan oleh riwayat-riwayat lain di mana ia saling memperkuat di antara satu sama lain seperti kekurangan dari segi dhabit perawi yang sempurna. Oleh itu, haditu itu dinaikkan darjatnya kepada sahih, bukan kerana zatnya tetapi kerana bantuan selainnya.