hadits muallaq




Definisi

Mu’allaq secara bahasa adalah isim maf’ul yang bererti terikat dan tergantung. Sanad yang seperti ini disebut mu’allaq kerana hanya terikat dan tersambung pada bahagian atas saja, sementara bahagian bawahnya terputus, sehingga menjadi seperti sesuatu yang tergantung pada atap dan yang semacamnya.

Hadits mu’allaq menurut istilah adalah hadits yang gugur perawinya, baik seorang, baik dua orang, baik semuanya pada awal sanad secara berturutan.

Diantara bentuknya adalah bila semua sanad digugurkan dan dihapus, kemudian dikatakan : “Rasulullah bersabda begini………”. Atau dengan menggugurkan semua sanad kecuali seorang shahabat, atau seorang shahabat dan tabi’in.

 

Contohnya

1. Bukhari meriwayatkan dari Al-Majisyun dari Abdullah bin Fadhl dari Abu Salamah dari Abu Hurairah radliyallalahu ‘anhu, dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

”Janganlah kalian melebih-lebihkan di antara para Nabi…”

Pada hadits ini, Bukhari tidak pernah bertemu dengan Al-Majisyun.

2. Diriwayatkan oleh Bukhari pada Muqaddimah Bab Maa Yudzkaru fil-Fakhidzi (Bab tentang Apa yang Disebutkan Tentang peha), Abu Musa Al-Asy’ary berkata,”Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam menutup kedua pehanya ketika ‘Utsman masuk”. Hadits ini mu’allaq kerana Bukhari menghilangkan semua sanadnya kecuali seorang shahabat iaitu Abu Musa Al-Asy’ary.

Hukumnya

Hadits Mu’allaq adalah hadits mardud (ditolak) kerana gugur dan hilangnya salah satu syarat diterimanya suatu hadits, iaitu bersambungnya sanad, dengan cara menggugurkan seorang atau lebih dari sanadnya tanpa dapat diketahui keadaannya.

Hadits-Hadits Mu’allaq pada Shahih Bukhari dan Shahih Muslim

Dalam Shahih Bukhari terdapat banyak hadits mu’allaq, namun hanya terdapat pada judul dan muqaddimah bab saja. Tidak terdapat sama sekali hadits mu’allaq pada inti dan kandungan bab. Adapun Shahih Muslim, hanya terdapat satu hadits saja, iaitu pada Bab Tayamum.

Hukum Hadits Mu’allaq dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim

1. Jika diriwayatkan dengan tegas dan jelas, iaitu dengan sighah jazm (kata kerja aktif), seperti : qaala (dia telah berkata), dzkara (dia telah menyebutkan), dan haaka (dia telah bercerita); maka haditsnya dihukumi shahih.

2. Jika diriwayatkan dengan shighat tamridh (kata kerja pasif) seperti qiila, dzukira, atau hiika; maka tidak dipandang shahih semuanya. Akan tetapi ada yang shahih, hasan, dan dha’if.

Allaahu a’lam