Definisi
Mu’dhal secara bahasa adalah sesuatu yang dibuat lemah dan letih. Disebut demikian, mungkin kerana para ulama hadits dibuat lelah dan letih untuk mengetahuinya kerana beratnya ketidakjelasan dalam hadits itu. Adapun menurut istilah ahli hadits adalah : hadits yang gugur pada sanadnya dua atau lebih secara berturutan.
Contohnya
Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitab Ma’rifat Ulumil-Hadiits dengan sanadnya kepada Al-Qa’naby dari Malik bahawasannya dia menyampaikan, bahawa Abu Hurairah berkata,”Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
”Seorang hamba sahaya mendapatkan makanan dan pakaian sesuai kadarnya baik, dan tidak dibebani pekerjaan melainkan apa yang dia mampu mengerjakannya” (Al-Hakim berkata,”Hadits ini mu’dhal dari Malik dalam Kitab Al-Muwaththa’).
Hadits ini kita dapatkan bersambung sanadnya pada kita selain dari Al-Muwaththa’, diriwayatkan dari Malik bin Anas dari Muhammad bin ‘Ajlan, dari bapanya, dari Abu Hurairah. Letak ke-mu’dhal-annya kerana gugurnya dua perawi dari sanadnya, iaitu Muhammad bin ‘Ajlan dan bapanya. Kedua perawi tersebut gugur secara berturutan.
Hukumnya
Para ulama sepakat bahawasanya hadits Mu’dhal adalah dha’if, lebih buruk statusnya daripada Mursal dan Munqathi’, kerana sanadnya banyak yang terbuang.
Hubungan Antara Mu’allaq dan Mu’dhal
Antara Mu’dhal dan Mu’allaq ada kaitannya secara umum dan khusus :
1. Mu’dhal dengan Mu’allaq bertemu dalam satu bentuk, iaitu jika dihilangkan pada permulaan sanadnya dua orang perawi secara berurutan. Maka dalam kes seperti ini, hadits tersebut menjadi Mu’dhal dan Mu’allaq secara bersamaan
2. Antara keduanya terdapat perbezaan :
a. Jika pada tengah isnadnya dihilangkan dua orang perawi secara berurutan, maka disebut Mu’dhal, namun bukan Mu’allaq.
b. Jika seorang perawi saja yang dihilangkan pada awal isnadnya, maka disebut Mu’allaq dan bukan Mu’dhal