Definisi
Sayyi’ul-Hifdz ( = orang yang memiliki sifat su’ul-hifdz) iaitu “perawi yang tidak dapat dikuatkan sisi kebenaran hafalannya kerana keburukan hafalannya”.
Su’ul-Hifdzi ada dua macam :
1. Su’ul-Hifdz yang muncul sejak lahir dan masih tetap ada padanya, sehingga menjadikan riwayatnya ditolak. Menurut pendapat sebahagian ahli hadits, khabar yang dibawanya dinamakan “syadz”.
2. Sesuatu yang menimpa perawi kadang terjadi seiring berjalannya waktu, baik kerana lanjut usianya, atau kerana hilang penglihatannya (buta), atau kerana kitab-kitabnya terbakar. Yang demikian ini dinamakan Al-Mukhtalith (yang rosak akalnya, fikirannya, atau hafalannya). Hukum periwayatannya adalah :
a. Jika terjadi sebelum rosak hafalannya dan masih dapat dibezakan, maka riwayatnya diterima.
b. Jika terjadi setelah rosak hafalannya, maka ditolak riwayatnya.
c. Adapun jika tidak boleh ditentukan apakah terjadi sebelum rosak atau sesudahnya, maka hukum riwayat seperti ini adalah Tawaqquf, iaitu tidak diterima ataupun tidak ditolak sampai ada ketentuan yang bisa membedakan.