Hukum Perceraian


Hukum talak/perceraian itu beragam: bisa wajib, sunnah, makruh, haram, mubah. Rinciannya sbb:

  1. TALAK ITU WAJIB APABILA:
    1. Jika suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
    2. Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
    3. Apabila pihak pengadilan berpendapat bahawa talak adalah lebih baik

Jika tidak diceraikan dalam keadaan demikian, maka berdosalah suami

 

  1. PERCERAIAN ITU HARAM APABILA:
    1. Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
    2. Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
    3. Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
    4. Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekaligus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

 

  1. PERCERAIAN ITU HUKUMNYA SUNNAH APABILA:
    1. Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
    2. Isterinya tidak menjaga martabat dirinya

 

  1. CERAI HUKUMNYA MAKRUH APABILA:

Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama

 

  1. CERAI HUKUMNYA MUBAH APABILA

Suami lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya