PENCAK SILAT


    Tahap 4


    Didalam tahap keempat ini akan dibahas mengenai hal hal seperti berikut ini :



    Praktik ilmu Tenaga Dalam pada saat dunia dilanda oleh krisis rasa aman, premanisme, gengsterisme, terorisme dan krisis-krisis di dalam bidang kesihatan, telah memberikan harapan-harapan baru. Para pakar Parapsikologi meramalkan bahawa tenaga dalam dan kemampuan-kemampuan paranormal lainnya kelak akan beradaptasi dengan ilmu pengetahuan moden. Keadaan dunia masa depan kemungkinan akan sangat jauh berbeza dengan keadaan dunia yang kita diami sekarang. Akan terjadi revolusi teknologi di bidang persenjataan, ketenteraan, komunikasi, pendidikan dan perubatan. Dan dalam semua bidang itu peranan paranormal tak dapat diketepikan.

    Kecenderungan ke arah terjadinya revolusi teknologi itu telah terlihat di mana-mana. Di dalam negara, trend tenaga dalam telah melanda hampir di semua kalangan termasuk kalangan elit terpelajar. Di Indonesia, tenaga dalam sudah tidak asing lagi, hampir semua golongan muda-mudi dan orang dewasa menjadikan trend tenaga dalam sebagai latihan rutin/senaman sahaja. Di negara-negara barat, terutama di Amerika Syarikat, Rusia, England, Perancis dan Belanda, bahkan tenaga dalam ( = kemampuan-kemampuan paranormal ) telah dibawa ke makmal-makmal dan diselidiki oleh para ahli saintis di Universiti-universiti terkemuka.

    Di dalam tahap ini akan dijelaskan manfaat-manfaat tenaga dalam, khususnya untuk pertahanan diri dan perubatan/penyembuhan. Apa yang akan dijelaskan ini merupakan pengetahuan-pengetahuan dasar yang harus difahami oleh sesiapa sahaja yang sedang mempelajari ilmu tenaga dalam di tingkat permulaan.



    A. CARA MENCUBA KEKUATAN TENAGA DALAM

    Untuk mengetahui sama ada anda benar-benar telah memiliki tenaga dalam atau belum, diperlukan suatu percubaan. hal ini juga dimaksudkan untuk membangun kepercayaan di dalam diri anda, kerana tanpa kepercayaan akan adanya kekuatan tenaga dalam di dalam diri kita maka pelajaran praktik-praktik tenaga dalam akan menjadi terasa lebih sukar.

    Cara mencuba kekuatan tenaga dalam ada bermacam-macam. Akan tetapi dalam sesi latihan ini hanya akan diterangkan cara yang paling praktis dan mudah untuk dilakukan. Perhatikan petunjuk-petunjuk di bawah ini.

    1. mintalah kepada seorang teman yang telah memiliki ilmu tenaga dalam ( dari aliran apapun ) untuk menyerang anda dengan emosi.

    2. Pada saat teman anda menyerang, anda harus siap sedia menghadapinya dengan jurus-jurus tenaga dalam. Mula-mula praktikkanlah jurus satu, kemudian jurus dua, jurus tiga dan seterusnya.

    3. Apabila jurus-jurus yang anda praktikkan itu memberi kesan kepada teman anda: terpental, tertarik atau terkunci, maka bererti anda telah berhasil menguasai ilmu tenaga dalam. Sebaliknya, jika percubaan anda tidak berhasil, maka jangan kelam kabut atau terlalu cepat beranggapan bahawa anda telah Gagal. Kegagalan percubaan tenaga dalam anda tersebut mungkin disebabkan kerana Teman anda itu tidak menyerang anda dengan emosi yang penuh, atau mungkin anda sendiri yang belum dapat memusatkan konsentrasi.

    4. dan apabila anda ingin mencuba bagaimana rasanya terpental/terlontar oleh kekuatan tenaga dalam, seranglah teman anda dengan emosi dan mintalah agar ia melawan anda dengan sebuah jurus tenaga dalam. Mintalah supaya ia tidak menggunakan jurus-jurus yang merbahaya. Jika dengan percubaan tersebut anda berhasil terpental/terlontar, bererti diri anda termasuk peka. Tetapi jika anda tidak terpental, bererti anda belum dapat melakukan serangan sambil marah/emosi. Anda harus berusaha hingga dapat melakukan serangan sambil marah/emosi. Sebelum anda dapat menyerang dengan marah maka anda tak akan pernah dapat membuktikan bagaimana rasanya dipentalkan oleh suatu kekuatan tenaga dalam.

    5. Cara yang lazim digunakan untuk berlatih melakukan serangan dengan emosi ialah, mengingat-ingat suatu peristiwa yang tidak menyenangkan atau yang pernah menyinggung perasaan kemudian seraya diiringi dengan melakukan serangan membabi buta ke arah lawan (teman dalam latihan). lakukan hal ini berulang-ulang kali hingga berhasil.

    6. percubaan tenaga dalam tersebut sebaiknya dilakukan di tempat yang terbuka, dengan lantai yang tidak terlalu keras serta tidak berbatu. Hal ini dimaksudkan untuk menghindari terjadinya cedera apabila anda atau teman anda terpental dengan keras tanpa kendali/kontrol.
    7. Dalam suatu percubaan mempraktikkan sebuah jurus kuncian, kemudian anda tidak dapat melepaskannya dengan jurus buka. Anda tidak perlu panik, suruhlah agar iamelepaskan seluruh emosinya ( tenang ) maka dengan sendirinya kesan kuncian yang telah anda praktikkan akan lenyap/hilang.



    B. PRAKTIK PERTAHANAN DIRI TENAGA DALAM

    Penggunaan tenaga dalam pada suatu perkelahian yang sebenar tidaklah semudah teorinya, kerana tidak semua orang yang berkelahi itu pasti akan marah. Kadangkala seseorang yang terlatih dalam seni mempertahankan diri tidak akan mudah terpancing oleh emosi, mereka sudah terbiasa mengendalikan fikiran mahupun perasaannya. Mereka tidak akan dapat dikalahkan dengan begitu sahaja oleh musuh yang menggunakan ilmu tenaga dalam.

    Akhir-akhir ini muncul gejala penggabungan ilmu tenaga dalam dengan ilmu-ilmu seni mempertahankan diri biasa khususnya Pencak Silat. Hal ini dimaksudkan kecuali agar para pemilik ilmu tenaga dalam lebih percaya diri, juga dimaksudkan agar mereka tidak "KO" terlebih dahulu apabila terpaksa harus menghadapi lawan yang pakar dalam seni mempertahankan diri dan tidak mudah emosi/marah. Berikut ini diberikan beberapa panduan bagaimana cara menggunakan ilmu tenaga dalam, dalam suatu perkelahian yang sebenarnya.


    1. Menghadapi Lawan Yang Emosi.

    2. Menghadapi lawan yang emosi, terutama yang menyerang secara membabi buta adalah perkara yang paling mudah. Dengan tenaga dalam yang kecil sahaja ia boleh terpental/terlontar, kerana ia sebenarnya termakan oleh tenaganya sendiri. Semakin besar/tinggi emosinya maka semakin besar daya pental yang ditimbulkannya. Begitu pula jika ia kita serang dengan menggunakan jurus kunci atau jurus tarik.

      Untuk menghadapi lawan yang sudah memuncak emosinya/amarahnya, kita tidak perlu menggunakan jurus lengkap dengan semua gerakan/kiraannya. Melainkan cukup dengan mengambil gerakan inti jurus.

      Di bawah ini diberikan cara menggunakan inti gerakan jurus untuk menghadapi lawan yang sudah emosi :

      1. Membentengi/memagari diri :
      2. untuk membentengi diri, kita dapat mengambil gerakan Jurus Satu pada kiraan 2, dengan teknik Nafas Tahan.

      3. Melontarkan musuh :
      4. Untuk melontarkan musuh, kita dapat mengambil gerakan Jurus Dua atau Jurus Tiga pada kiraan 2, dengan teknik Nafas Tolak.

      5. Menarik Musuh :
      6. Untuk menarik musuh/objek, kita dapat menggunakan Jurus Empat pada kiraan 2, dengan teknik Nafas Tarik/Hisap.

      7. Mengunci Musuh :
      8. Untuk mengunci musuh agar tak dapat bergerak, kita dapat mengambil inti Jurus Lima iaitu gerakan pada kiraan 2, 3 dan 4, dengan teknik Nafas Tarik dan Nafas Tahan.

      9. Membebaskan kuncian atau Pagaran Tenaga Dalam :
      10. Untuk membebaskan/melepaskan kuncian atau pagaran tenaga dalam, kita dapat langsung mengambil inti Jurus Enam iaitu gerakan pada kiraan 2, dengan teknik Nafas Tolak.


        Hadapi musuh dengan penuh percaya diri

        Satu perkara lagi yang harus anda perhatikan pada saat anda menghadapi lawan yang sudah emosi/marah ialah, percaya diri atau keyakinan. Keyakinan merupakan syarat utama agar tenaga dalam dapat berfungsi dengan berkesan. Perasaan takut dan ragu-ragu merupakan hal yang berlawanan dengan keyakinan, jika anda tidak dapat melenyapkannya pada saat melancarkan jurus-jurus tenaga dalam maka kemungkinan besar tenaga dalam anda juga tidak akan dapat terwujud.


    3. Menghadapi Lawan Yang Tidak Emosi/Marah.


    4. Lawan yang tidak emosi tidak dapat dihadapi begitu sahaja dengan jurus-jurus tenaga dalam. Ia harus dihadapi dengan cara-cara tertentu terlebih dahulu sampai emosinya benar-benar bangkit. Barulah kemudian kita dapat menghadapinya dengan jurus-jurus tenaga dalam.

      Berikut ini diberikan beberapa panduan untuk menghadapi lawan yang tidak emosi :

      1. Mula-mula pada saat musuh menyerang cubalah tenaga dalam dari jarak jauh barang sejurus dua jurus. Jika tenaga dalam anda ternyata tidak memberikan hasil, hadapi lawan dengan menggunakan teknik-teknik mempertahankan diri/belaan biasa. Jagalah jarak dengan gerakan-gerakan memutari gelanggang, jangan bergerak mundur/ke belakang.

      2. Sambil sentiasa mengambil jarak antara anda dengan lawan anda, berusahalah untuk memancing kemarahannya. Misalnya dengan kata-kata atau gerakan-gerakan yang dapat menyebabkan lawan anda menjadi emosi/marah.

      3. Setelah lawan anda menjadi marah dan berusaha menyerang anda, terapkan jurus-jurus tenaga dalam anda dengan penuh percaya diri. Hilangkan rasa takut dan ragu-ragu. Jangan menyerang terlebih dahulu dan lakukan pertahanan diri anda dengan tenang-tenang sahaja.

      4. Jika dengan berbagai usaha ternyata lawan anda tidak dapat dibangkitkan amarahnya dan jurus-jurus tenaga dalam anda tidak memberikan akibat apa-apa, berhati-hatilah. Apalagi jika nampaknya ia penuh percaya diri dan mahir bermain silat. Kerana boleh jadi ia adalah seorang Pendekar yang sudah "berpengalaman", dan akan lebih baik jika anda mengajak berdamai sahaja.

      5. Anda, apabila kelak telah menjadi seorang Pendekar Ilmu Tenaga Dalam, berusahalah untuk sentiasa meningkatkan kualiti keperibadian. Jangan kerana menguasai ilmu tenaga dalam lantas menyelesaikan semua persoalan/masalah dengan adu kekuatan. Peganglah ajaran ini : "MAAFKANLAH SESAMAMU : DIRIMU, TEMANMU DAN ......MUSUHMU."



      C. PRAKTIK PENYEMBUHAN TENAGA DALAM

      Pemanfaatan tenaga dalam untuk penyembuhan sebenarnya sudah dimulai sejak sebelum ilmu kedoktoran moden lahir. tetapi secara luas,penggunaan tenaga dalam di bidang kesihatan baru dimulai akhir-akhir ini. Diciptakannya beberapa kaedah penyembuhan, seperti: penyembuhan dengan daya prana, penyembuhan kaedah gambar atau visualisasi, hipnoterapi, penyembuhan dengan relaksasi, hipnosis dan sebagainya, merupakan eksploitasi daripada daya-daya tenaga dalam.

      Walaupun secara statistik tingkat keberhasilan penyembuhan tenaga dalam belum pernah didokumentasikan, namun berdasarkan kenyataan beratus-ratus penyakit berat dan ringan telah berhasil ditaklukkan dengan daya tenaga dalam. Bahkan ada beberapa kes penyembuhan tenaga dalam yang mencengangkan/menghairankan ilmu kedoktoran moden. Misalnya melakukan pembedahan tanpa pembiusan, pembedahan pengambilan tonsil hanya dengan menggunakan daun sirih dan tanpa mengeluarkan darah serta rasa sakit, penyembuhan kanser mata tanpa pembedahan dan bermacam-macam jenis penyakit lagi.

      Di dalam seri latihan ini, khusus akan diterangkan tentang dasar penyembuhan diri sendiri ( autoterapi ). Pengetahuan ini perlu dikuasai untuk membangun kepercayaan diri, di samping sebagai dasar penyembuhan tenaga dalam terhadap orang lain.

      Secara filosofis tidak ada satupun penyakit yang tidak dapat disembuhkan, semua penyakit diciptakan lengkap dengan ubatnya. Jika seseorang sakit kemudian tidak dapat disembuhkan, mungkin sebabnya bukan kerana tidak ada ubatnya melainkan kerana malas berubat atau memang belum ditemukan ubatnya. Sehingga perawatan yang dilakukan kemudian menjadi terlanjur/terlambat dan akhirnya kalah melawan penyakitnya. Akibatnya, tubuh orang itu kemudian menjadi rapuh dimakan penyakit serta tidak mampu lagi menjalankan fungsi hidupnya. Panduan-panduan di bawah ini harus anda ikuti jika anda hendak melakukan penyembuhan tenaga dalam secara autoterapi :

      1. Berbaringlah di lantai ( boleh dengan menggunakan alas tikar ) pusatkan konsentrasi dan berusahalah agar dapat berbaring se-rileks yang boleh.

      2. Lakukan pernafasan tenaga dalam dengan pola pernafasan Segitiga Tidak Samasisi.

      3. Kemudian lakukan penyembuhan dengan urutan-urutan sebagai berikut:

        1. ambil nafas dalam-dalam melalui hidung, dengan niat menghirup daya hidup. Tekan dan tahan pernafasan anda di bawah pusar.

        2. keluarkan nafas perlahan-lahan juga melalui hidung, bayangkan seolah-olah pernafasan itu anda salurkan ke bahagian tubuh yang sakit dengan maksud/niat membersihkan bahagian tubuh yang sakit itu dari energi-energi yang merosak yang ditimbulkan oleh penyakit. Lakukan hal itu beberapa kali hingga anda merasa lebih tenang dan rasa sakitnya berkurang.

        3. Lakukan panduan tersebut di atas, tetapi pada waktu menyalurkan nafas harus diniatkan untuk membekalkan daya hidup ke dalam organ/bahagian tubuh anda yang sakit. lakukan hal itu beberapa kali hingga anda merasa lebih memiliki semangat hidup.

      4. Sebagai umat beragama, seharusnya kita selalu berdoa setiap kali melakukan perawatan dan mengucap syukur tatkala akan mengakhirinya. Cara berdoa bebas, boleh menggunakan bahasa sendiri atau berdasarkan tuntunan agama.

      5. Lakukan penyembuhan tersebut di atas sekurang-kurangnya 3 kali sehari, hingga penyakit anda benar-benar sembuh.

      6. Jika anda merasa belum boleh mempercayai sepenuhnya akan kemampuan tenaga dalam anda, anda tidak dilarang untuk memadukan kaedah penyembuhan tenaga dalam ini dengan perawatan konvensional ( kedoktoran ) mahupun tradisional ( ubat-ubat kampung, ginseng dll. ). Hal ini biasanya malah akan memberi hasil yang lebih baik. Memang dengan kombinasi beberapa kaedah perawatan ini kemudian menimbulkan keraguan kaedah perawatan mana yang sebenarnya lebih berkesan/manjur, yang konvensional atau yang inkonvensional. Dan biasanya kaedah perawatan yang inkonvensionallah yang kemudian dianggap mengada-ada. tetapi adalah dinasihatkan, jika anda ingin menjadi orang yang pakar di dalam bidang ilmu tenaga dalam, jangan hiraukan semua anggapan/persepsi, anggapan-anggapan yang berusaha menjatuhkan nilai dan kemampuan kuasa tenaga dalam.

      7. Untuk mengakhiri seri latihan ini perlu ditekankan sekali lagi bahawa keyakinan dan keberanian untuk mendisiplinkan diri merupakan modal yang tak ternilai harganya bagi usaha penguasaan ilmu tenaga dalam.

        Peganglah ajaran seorang Filosof di bawah ini :