Thawaf
yaitu mengelilingi Ka’bah 7 putaran ketika sampai di Masjidil Haram (Mekah).
Tempat memulai Thawaf adalah garis lurus antara pintu Ka’bah dan tanda lampu yang ada di sisi masjid.
Saat sampai pada garis lurus ini, kita harus menghadap ke Ka’bah dan melambaikan tangan sebanyak 3 kali, sambil mengucapkan:
بسم الله ,الله اكبر , بسم الله ,الله اكبر , بسم الله ,الله اكبر
Bismillahi Allaahu Akbar, Bismillahi Allaahu Akbar, Bismillahi Allaahu Akbar
Selama melakukan Thawaf, kita harus membaca doa. Tidak ada doa yang
khusus untuk setiap putarannya, namun kami akan membahasnya secara
detail di artikel terpisah dengan merujuk beberapa rujukan standard doa
yang telah dibuat oleh para ulama.
Syarat sah tawaf:
Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.
Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.
Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
Badan suci dari najis.
Menutup aurat.
Sunat tawaf
Memakai kain ihram berwarna putih.
Lakukan tawaf dengan berjalan kaki.
Jemaah lelaki beriktiba’ semasa melakukan tawaf yang diikuti dengan saei sahaja, seperti tawaf haji dan umrah.
Jemaah lelaki melakukan raml (berlari-lari anak) bagi tiga pusingan pertama, untuk mana-mana tawaf yang diikuti dengan saei.
Mengucup Hajarul Aswad pada permulaan tawaf
Melakukan raml (berlari anak) pada tiga pusingan pertama bagi tawaf yang diikuti saei (lelaki)
Melakukan istilam di penjuru Hajar Aswad, kemudian mengucupnya sambil menyebut “Bismillahi Allahu Akbar”. Kalau jauh memadai dengan isyarat tangan, mengucup tapak tangan dan menyebut “Bismillahi Allahu Akbar”.
Sunat melakukan istilam di rukun Yamani bagi lelaki sahaja dan tidak sunat mengucupnya. Sekiranya tidak dapat menyapu penjuru Yamani dengan tapak tangan, anda hendaklah meneruskan tawaf dan jangan mengisyarat kepadanya dengan tangan. Anda juga tidak perlu bertakbir di sini, kerana hal ini tidak dilakukan oleh Rasulallah
Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan hendaklah secara muwalat (berturut-turut).
Melakukan tawaf dengan bersungguh-sungguh, khusuk dan tawadduk.
Membaca Al-Quran, berzikir, berwirid atau berdoa pada setiap pusingan.
Selepas tawaf, hendaklah menunaikan solat sunat tawaf dua rekaat sebaik saja selesai tawaf.